Masyarakat dan budaya Tamadun_Minoan

Ketulan tembaga MinosFresco showing three women who were possibly Queens.

Bangsa Minos terutamanya bangsa pedagang yang terbabit dengan perdagangan luar negara. Budaya mereka, dari 1,700 BC seterusnya, menunjukkan tahap aturan yang tinggi.

Ramai sejarahwan dan ahli arkeologi percaya bahawa Minoans terbabit dalam perdagangan timah yang penting pada Zaman Gangsa: timah, digabung dengan tembaga kelihatannya dari Cyprus, digunakan bagi menghasilkan gangsa. Kemerosotan peradapan Minos dan kemerosotan dalam kegunaan peralatan gangsa digantikan dengan besi kelihatannya berkait.

Orang Minos berdagang safron, stigma mutasi crocus yang berasal dari lembangan Aegean sebagai mutasi kromosom semulajadi, meninggalkan hanya sedikit tinggalan: fresco pengutip safroncdi Santorini jelas diketahui. Perdagangan diwarisi mendahului kebudayaan Minos: nilai pulangannya boleh dibandingkan dengan kemian, atau lada hitam. Ahli arkeologi cenderung memberi penekanan bahan perdagangan lebih tahan: seramik, tembaga, dan timah, dan jumpaan dramatik emas dan perak.

Objek hasilan Minos mencadangkan terdapat jaringan perdagangan dengan tanah besar Yunani (terutamanya Mycenae), Cyprus, Syria, Anatolia, Mesir, Mesopotamia, dan arah barat sejauh persisiran Sepanyol.

Lelaki Minos mengenakan kain cawat dan kilt (semacam rok). Perempuannya mengenakan jubah dengan lengan baju yang pendek serta skirt berlapis yang mengembang. Ini terbuka di pusat sehingga memaparkan payudara mereka terdedah, kemungkinannya semasa istiadat tertentu. Wanita juga memiliki pilihan untuk mengenakan anak baju ketat tanpa tali. Pola pakaiannya menekankan pada pola geometrik sekata ("simetri"). Perlu diingat bahawa bentuk pakaian lain mungkin dikenakan yang kita tiada rekod mengenainya.

Agama bangsa Minos lebih memuja dewi dengan pendeta perempuan sebagai penghubungnya.[28] Patung pendeta perempuan dalam budaya Minos dan lukisan dinding menampilkan lelaki dan perempuan terbabit dalam olahraga melompat lembu, membuat para ahli menyimpulkan bahwa lelaki dan perempuan memiliki status sosial yang setara dalam sistem sosial Minos. Diduga sistem warisnya adalah matrilineal. Fresco (lukisan dinding) banyak menampilkan berbagai-bagai macam jantina (jenis kelamin)yang dibedakan berdasarkan warna kulit: laki-laki berwarna kulit coklat kemerahan, sementara perempuan berkulit putih.

Kesenian

Lukisan dinding "lompat banteng", ditemukan di situs Knossos, menunjukkan bahwa terdapat suatu olahraga atau ritual keagamaan melompati seekor banteng, figur manusia berkulit gelap adalah lelaki, sedangkan yang berkulit terang adalah perempuan.

Koleksi seni Minos dipamerkan di museum Heraklion, dekat Knossos di pantai utara pulau Kriti. Karena kayu dan tekstil telah lama musnah, benda peninggalan yang tersisa dari peradaban Minos adalah tembikar, senibina istana dengan dinding yang dilukisi fresco, patung batu, serta batuan Minos yang diukir halus.

Tembikar

Pada tempoh Awal Minos seramik berciri pola garis linear berpilin, segi tiga, garis melengkung, silang, motif tulang ikan, dan seumpamanya. Pada tempoh Pertengahan Minos reka bentuk semulajadi seperti ikan, sotong, burung, dan lili adalah biasa. Pada tempoh Akhir Minos, bunga dan haiwan masih merupakan ciri utama, tetapi kepelbagaian telah meningkat. 'Gaya istana' bagi kawasan sekitar Knossos berciri ringkasan geomatrik kuat bentuk semulajadi dan lukisan monokrom. Juga penting adalah persamaan antara seni Minos Akhir dan Mycenaean Greece. Fresco merupakan bentuk seni utama semasa tempoh budaya Minos ini.

  • Bekas bermuncung, 2100-1700 BC.
  • Pasu dengan motif sotong gurita biasa, 1500 SM. (Tempoh Istana Lama)
  • Vase, Gaya Marin, 1500 BC. (Tempoh Istana Baru)
  • Cans, 1390-1070 BC. (Tempoh Istana Akhir)